Soal Jawab

Bekerja sebagai pramugara

 assalam ustaz,

soalan saya, saya bekerja sebagai pramugara dah 12thn, masalah saya dalam kapal kadang2 ada serve arak. saya mengikut kerja saya dengan cara yg dituntut oleh islam. Ada kakitangan yg telah membangkitkan soal ini pada pihak atasan tapi macam tak diambil peduli. Tapi arak tetap di serve jugak.

Utk mengelakkan benda ni kalau ada penumpang yg minta saya suruh org lain yg beri pada penumpang tu...

Apa hukumnya ustaz...saya berdoa pada tuhan supaya pendapatan saya dihalalkan oleh allah. Ini sajalah cara saya mencari rezeki utk membayar rumah kereta dan lain2.

Apa pula hukum company saya yg tau tentang ni tapi masih lagi jalankan, padahal kami dah membantah supaya arak tidak dijamu pada penumpang.

Apa pula hukum macam org yg tak bekerja di dalam kapal tapi di bawah company yg sama. Duit keuntungan ini dibayar gaji kepada mereka juga hasil dari keuntungan. Walaupun mereka ini tak secara lansung serve arak....tolong terangkan ustaz...

w.salam

Sesiapa yang terlibat secara langsung dengan arak adalah berdosa dan kena laknat sebagaimana yang tersebut dalam beberapa hadith2 yang soheh.

Mereka yang terlibat secara langsung ini seperti majikan, pekerja yang mengangkat arak, yang memesan arak, pramugara yang menuang arak dan seumpamanya. Kerja golongan ini adalah kerja yang diharamkan dalam Islam dan kena laknat.

Pekerja2 yang tidak ada terlibat secara langsung tidaklah dikira melakukan perkara yang haram kena laknat tetapi pendapatan mereka tidak berkat.

Jika ada peluang bekerja di syarikat2 lain yang tidak terlibat dengan perkara2 haram sebaiknya segeralah mendapatkan kerja di syarikat2  itu.

wallahua'lam

_________________________________________________________________________________

keliru...arah kiblat
salam alaik....

blh tak bg pndpt pd psoalan sy??bgaimnkah seseorg y sesat dlm gua untuk mgerjakn solat??arah mnkah ptt diambil sbagai kiblat??adakah kelonggaran untuk meninggalkn solat 5waktu andai dia x tahu waktu itu(pagi@mlm,x jam)

wassalam..

........................

w.salam

Setiap Muslim yang telah mukallaf wajib mengerjakan solat 5 waktu dimana saja dia berada. Maka sesiapa yang berada pada suatu tempat yang tidak dapat tidak ada menunjukkan qiblat seperti didalam hutan maka wajiblah baginya berijtihad mencari arah kiblat sebelum mendirikan solat.

Cara mencari arah kiblat itu boleh dengan melihat matahari atau bulan atau apa saja yang boleh dijadikan dalil untuk mnegetahui arah kiblat.

Jika kesemua tanda2 itu tidak wujud maka wajib mengadap ke arah yang ia rasakan mungkin arah kiblat lalu mengerjakan solat.

Jika ia tidak dapat merasakan berat sebelah mana2 maka berhadaplah pada ketika itu kepada mana arah yang ia suka.

Solat tersebut adalah sah dan tidak perlu di qadha lagi.



wallahua'lam