Mesyuarat


Gamabr 1



LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

KALI KE-1 TAHUN 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BULAN
YONG PENG, BATU PAHAT
Tarikh : 7 Februari 2010 (Jam 1.30 tgh)
Kehadiran : Tn Hj Md Shab Bin Samak
Ust Mohd Azizi Bin Abdul Rahman
Ust Sam’muden Bin Semito
Pn Hamimah Bt Hashim
En Rozi Bin Jab

AGENDA PERKARA TINDAKAN
1.0 Ucapan GPK 1

1.1 Ucapan aluan dan terima kasih di atas kehadiran

1.2 Tujuan perbincangan merancang beberapa aktiviti yang sesuai dilaksanakan

1.3 Serta meminta cadangan untuk meningkatkan aktiviti khas tahun 6 sebagai persediaan peperiksaan UPSR
2.0 Pembentangan cadangan program dan aktiviti

2.1 Guru Panitia Agama Islam membentangkan beberapa cadangan aktiviti dan program tahunan:

2.1.1 Bacaan surah Yaasin tahun 6 setiap minggu iaitu pada pagi hari Jumaat dan disertakan dengan solat Hajat

2.1.2 Program hari kebesaran Islam seperti MaulidurRasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah dan lainnya, bergantung kepada kerjasama PIBG dan kesesuaian keperluannya

2.1.3 Program Ilmu Tajwid untuk tahap 2 dengan terbitan buku kecil ilmu Tajwid yang sesuai

2.1.4 Program Klinik PAFA yang berlangsung sepanjang tahun untuk semua murid

2.1.5 Penyertaan murid dalam MTQ dan Aktiviti Maal Hijrah serta beberapa program lain jika ada peluang yang diberikan

2.1.6 Bengkel Jawi murid tahap 2 dan guru-guru dengan pendedahan Jawi baru mengikut kaedah Dewan Bahasa dan Pustaka
• Secara dasarnya kesemua cadangan dipersetujui dan diharapkan dapat kerjasama semua pihak dan dilengkapkan penilitian setiap cadangan program tersebut


3.0 Hal-hal lain

3.1 En Rozi mencadangkan penubuhan kumpulan nasyid dan cuba dikembangkan bakat tersebut sehingga di luar program sekolah
* Pada dasarnya semua makluman dan cadangan dipersetujui dan akan diambil tindakan yang sewajarnya dengan sokongan semua guru

4.0 Hal-hal lain

4.1 Ust Mohd Azizi memaklumkan pelajaran jawi dan
Iqra tahun 1 perlu mengemukakan dan menghantar
rekod pencapaian murid bualan Mac dan Jun
kepada PPD.

4.2 Ust. Mohd Azizi mengharapkan semua guru dapat
membantu dan menyokong menjayakan apa yang
dirancangkan

4.3 Perbincangan ditangguhkan pada jam 2.00 ptg


Disediakan oleh :
……………………………
Ust Mohd Azizi Bin Abdul Rahman
Guru Panitia Pendidikan Islam